Friday 17 August 2012

tak pandai nak baca kuran.

aku ni tak pandai nak baca alkuran.
belajar kuran masa sekolah rendah pon tak habis.  aku merasa berdosa sangat sebab tak khatam alkuran. namun begitu aku bukan orang yang tak suka pada alkuran. suatu hari aku berazam untukkhatamkan alkuran, ternyata dengan bacaan yang sangat teruk aku berjaya juga kahatam alkuran.
aku amat tak setuju dengan pendapat bahawa membaca alkuran dengan tak bertajwid berdosa. jika nak diambilkira aku belajar alkuran 6 tahun, sama juga dengan kawan-kawan aku. tapi sesetungah mereka dah jadi guru kafa. persoalannya berdosakah aku tak lancar baca alkuran. aku tengak anak saudara aku mak dia ajar alkuran sikit saja, tapi dia dapat membaca dengan lancar walaupun baruberumur 5 tahun dah nak khatam alkuran.
di hari ini dengan usia yang dah tua perlu mencari nafkah untuk keluarga, pendapatan pula sedikit rasanya tak mampu aku untuk belajar alkuran kembali. rasanya tiada pak ustas mahupun pak imam ataupun pak kiai yang mahu mengajar aku dengan percuma.tidak juga ada kelas alkuran yang konsisten yang diadakan setiap malam dalamjangkamasa yang panjang. mana yang mana perlu aku utamakan nafkah keluarga atau belajar alkuaran.
rasanya di hari ini ramai yang nak jadi ustaz, suka menghukum orang, buat itu berdosa buat ini berdosa, baca alkuran tak betul berdosa. mungki mereka ini nak jadi mufti kot suka membuat fatwa.

 Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."